Tarikh           : 8 Januari 2023

Masa            : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi          : PEDI Kg Batu 1, Kuala Ketil

Peserta        : 8 orang

  

Tujuan

    1. Matlamat utama adalah berkongsi ilmu keusahawanan di aplikasi TikTok yang menjadi “trending” masa kini agar dapat membantu komuniti setempat menaikkan lagi jualan peniaga online dan komuniti setempat tidak ketinggalan dalam perubahan teknologi masa kini yang sentiasa ke depan dalam perkembangan selaras dengan dunia semakin canggih. 

Aktiviti

Kelas Keusahawanan ini dikelolakan oleh Rakan Digital Kluster Baling. Dalam kelas ini, petugas berkongsi cara membuka kedai di TikTok atau dikenali juga sebagai “TikTok Shop Seller Center” untuk memberi peluang kepada pengguna menonjolkan bakat dengan berkarya mengikut kemahiran dan kebolehan tersendiri selain mampu menjana pendapatan sekiranya ramai yang menyukai konten yang dihasilkan setelah mencapai pengikut sehingga seribu keatas tetapi masih mampu menjana pendapatan sekiranya tidak mencapai seribu pengikut dengan membuka kedai di TikTok dan membuat siaran langsung “LIVE” di TikTok. Petugas menunjukkan cara membuka kedai di TikTok bermula dari mendaftarkan maklumat diri dan jenama kedai melalui web TikTok Seller Center dan juga mengajar cara-cara memasukkan produk di dalam TikTok Seller Center.

 

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________