Pada awal 30-an, aktiviti perdagangan giat dijalankan di Kuala Ketil memandangkan kedudukan Kuala Ketil adalah pertemuan 2 buah sungai iaitu Sungai Muda dan Sungai Baling.Apabila aktiviti perdagangan dijalankan, maka wujudlah pelabuhan iaitu dahulunya terletak di tapak Stesen Minyak Esso sekarang.Para pedagang terutamanya Inggeris menggunakan pelabuhan ini.Kebetulan di pelabuhan itu terdapat sebatang pokok yang tidak diketahui namanya.Pokok tersebut dikenali dalam bahasa minang.Hal ini menyukarkan untuk orang-orang Inggeris menyebut lalu mereka memanggil ‘Pokok Ketil’, maka tempat ini dikenali sebagai Kuala Ketil. Lanjutan daripada Pelabuhan Kuala Ketil, mereka akan berlayar ke Sungai Baling. Dalam perjalanan terdapat satu lagi tempat persinggahan yang terletak kira-kira satu batu dari pelabuhan itu.Tempat persinggahan tersebut, para pedagang Inggeris telah menggelarkannya yang bermaksud satu batu. Lama kelamaan, wujudlah perkampungan yang dikenali sebagai Kampung Satu Batu. Dari generasi ke generasi, perubahan dilakukan dan nama kampung yang dahulunya Kg. Satu Batu diubah menjadi Kg. Batu Satu sesuai dengan sebutan semua masyarakat.