Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg. Batu 1 Kuala Ketil  terletak bersebelahan dengan Tadika Kemas kira-kira 2km dari Pekan Kuala Ketil. Kampung Batu 1 ini terletak dalam Mukim Tawar, Daerah Baling, Kedah Darul Aman. Lokasinya amat sesuai kerana Kuala Ketil merupakan pekan yang berkembang pesat melalui aktiviti ekonominya di Daerah Baling. Hal ini disebabkan Kuala Ketil berada dalam kawasan segitiga perindustrian iaitu Kulim-Sungai Petani-Kuala Ketil. Kuala Ketil berada pada kedudukan 10km dari Sungai Petani dan 42km dari Butterworth Pulau Pinang.

 

 map

                      

 

Baling

Baling merupakan salah satu daripada jajahan dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia.Negeri Kedah terletak di utara Semenanjung Malaysia.


kedah sights2

Mukim

Terdapat 7 mukim di Daerah Baling iaitu Mukim Siong, Mukim Baling/Bongor, Mukim Pulai, Mukim Kupang, Mukim Tawar, Mukim Teloi Kanan dan Mukim Bakai. Terdapat 183 kampung, serta berpuluh-puluh taman perumahan di daerah ini. Bandar atau pekan yang berada di Daerah Baling ialah bandar Baling, Malau, Kampung Lalang, Kota Baling Jaya, Kupang, Tawar, Kuala Pegang, Parit Panjang dan Kuala Ketil. Pusat Ekonomi Digital (PEDi)  Kg Batu 1 terletak dalam Mukim Tawar. Terdapat 25 buah kampung dalam Mukim Tawar yang terdiri daripada:

 Nama Kampung

  1. Kampung Batu Satu
  2. Kampung Padang Geh
  3. Kampung Balik Angin
  4. Kampung Baru/Pekan Kuala Ketil
  5. Kampung Kuala Kulim
  6. Kampung Baru/Pekan Lama Kuala Ketil
  7. Kampung Binjul Luar
  8. Kampung Padang Setol/Taman Sheikh Fadzir
  9. Kampung Kuala Merah
  10. Kampung Jawa
  11. Kampung Thye Seng
  12. Kampung Binjul Batu 7
  13. Kampung Baru Batu 2, Bukit 9
  14. Kampung Kubang Hong
  15. Kampung Pantai Chicar
  16. Kampung Ekor Padang
  17. Kampung Tanjung Puteri, Kuala Ketil
  18. Kampung Tiban/Charok Machang
  19. Kampung Sisik Lantai
  20. Kampung Binjul Dalam
  21. Kampung Tawar
  22. Kampung Kuala Sedim
  23. Kampung Baru Batu 7
  24. Kampung Dara, Sungai Tawar
  25. Kampung Kuala Temekah

 

 

Demografi Profil

 Kawasan Parlimen

 Baling 

 Ahli Parlimen

 YB Tuan Hassan Bin Saad

 Kawasan DUN

 Kuala Ketil

 ADUN

 YB Mejar (B) Mansor Zakaria

 Daerah

 Baling 

 Pegawai Daerah

En. Yazlan Sunardie bin Yahaya

 Mukim

 Tawar 

 Penghulu

 En. Mohamad Hasnunrisam Bin Md Yaden

 Imam/Ketua Agama

 En. Anuar Halimudin Abu Bakar 

 

 

Populasi Penduduk Kg. Batu Satu

Penduduk di Kampung Batu Satu terdiri daripada Melayu 56.2%, Cina 26%, India 12.8% dan lain-lain (Siam, 8%). Populasi penduduknya seramai 1,789 orang.Jumlah purata isi rumah adalah 4 orang.

 Melayu

 Cina

 India

 Lain-lain (Siam)

 56.2%

 26%

 12.8%

 5%

 

 

Kumpulan Umur

 Umur

 Lelaki (orang)

 Perempuan (orang)

 60 Tahun ke atas

 82

 56

 40-59 Tahun

 303

 487

 18-39 Tahun

 280

 269

 13-17 Tahun

 189

 131

 12-6 Tahun

 130

 69

 0-5 Tahun

 81

38

 

 

Tahap Pendidikan

Institusi 

 Lelaki (orang)

Perempuan (orang)

 Tabika

 41

 34

 Tadika

 25

23

 Sekolah Rendah

 235

 153

 Sekolah Menengah

 267

 236

 Kolej/Universiti

 79

 74