Belia adalah harapan negara untuk terus kekal dan berdaya maju menghadapi cabaran globalisasi. Namun berapa ramaikah antara mereka yang berminat menyertai aktiviti-aktiviti yang membina jati diri dan kepimpinan?.Kebanyakan belia hari ini leka dengan hiburan yang melalaikan. Siapakah yang bertanggungjawab untuk memastikan kita mempunyai pemimpin pelapis pada masa akan datang...??? inilah persoalan yang sentiasa bermain dalam fikiran setiap ibu bapa.

Belia di Kg Batu Satu banyak melibatkan diri dalam aktiviti kampung seperti gotong-royong, terutamanya aktiviti yang dianjurkan oleh JKKK.Pengllibatan mereka dalam aktiviti sebegini dapat mengeratkan silaturrahim antara belia khususnya dan penduduk kampung amnya.

Selain itu, jika tidak terlibat dengan aktiviti gotong-royong, para belia Kampung Batu Satu akan melakukan aktiviti riadah seperti bermain bola sepak dan sepak takraw di Padang Awam Kuala Ketil yang terletak hanya 2 kilometer.

Dengan penglibatan para belia dalam aktiviti seperti ini, maka diharap agar belia dapat mengelakan diri mereka daripada terlibat dalam aktiviti yang tidak berfaedah, yang boleh menjadikan mereka kurang berdaya saing pada masa depan dalam menjadi pelapis kepada pemimpin negara.