Tarikh           : 4 Januari 2017

Masa            : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi          : Dewan MRSM Baling, Kedah

Peserta        : 100 orang

Program ini dijalankan bagi memberi pendedahan kepada para pelajar tentang implikasi penggunaan media sosial terhadap remaja pada masa kini. Taklimat 2 jam tersebut dihadiri oleh pelajar Tingkatan 3 seramai 100 orang dan 2 orang wakil guru yang turut sama. Kempen Klik Dengan Bijak (KDB) ini adalah salah satu inisiatif daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memupuk sikap positif para pelajar terhadap penggunaan internet khususnya dan pengaruh media sosial amnya.

Sepanjang program tersebut selain memberikan taklimat kepada para pelajar, sesi soal jawab jugak dibuka bagi memberi peluang kepada para pelajar dan wakil guru untuk bertanyakan soalan atau pandangan. Di samping itu, soalan kuiz juga diajukan kepada para pelajar bagi mengetahui maklum balas serta kefahaman mereka terhadap penyampaian sepanjang taklimat itu berlangsung dan para pelajar diberikan juga hadiah saguhati sebagai tanda penghargaan di atas kerjasama yang diberikan.

Gambar Disini