Tarikh           : 27 Januari 2017

Masa            :10.00 pagi

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 8 orang

 

Program ini bertujuan memberi pendedahan serta menguji minda pelajar dalam penguasaan matematik. Seramai 8 orang pelajar telah diberikan penerangan mengenai permainan dalam talian iaitu SUDOKU. Yang mana ia satu permainan yang berasal dari Jepun yang dapat membantu para pelajar menguasai serta menguji minda dalam mata pelajaran matematik. Para pelajar diberikan masa terlebih dahulu untuk mengetahui selok belok permainan SUDOKU ini. Di akhirnya, para pelajar bertanding antara satu sama lain untuk mengetahui siapa yang terpantas dalam pertandingan SUDOKU ini. Para pelajar yang menyertai program ini diberikan hadiah saguhati sebagai tanda sokongan mereka dalam program tersebut.

 

Gambar Di sini