Tarikh           : 14 Mei 2017

Masa            :8.30 pagi - 10.30 pagi

Lokasi          : Makmal SK Kuala Merah

Peserta        : 120 orang

Program ini dijalankan bagi memberi pendedahan kepada para pelajar tentang implikasi penggunaan media sosial terhadap remaja pada masa kini. Taklimat 2 jam tersebut dihadiri oleh pelajar Tahun 4, 5 dan 6 seramai 120 orang dan 2 orang wakil guru yang turut sama. Kempen Klik Dengan Bijak (KDB) ini adalah salah satu inisiatif daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memupuk sikap positif para pelajar terhadap penggunaan internet khususnya dan pengaruh media sosial amnya.

Sepanjang program tersebut selain memberikan taklimat kepada para pelajar, tayangan video berkaitan juga ditayang dan sesi soal jawab bersama peserta dibuka bagi memberi peluang kepada para pelajar dan wakil guru untuk bertanyakan soalan atau pandangan. Di samping itu, soalan kuiz juga diajukan kepada para pelajar bagi mengetahui maklum balas serta kefahaman mereka terhadap penyampaian sepanjang taklimat itu berlangsung dan para pelajar diberikan juga hadiah saguhati sebagai tanda penghargaan di atas kerjasama yang diberikan.

Gambar Disini