Tarikh           : 23 September 2017

Masa            :9.00 pagi - 2.00 petang

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 64 orang

Tujuan

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan aplikasi dashboard komuniti untuk masyarakat setempat. Seramai 64 orang pengunjung hadir pada program tersebut yang terdiri daripada pelbagai golongan. Melalui program ini, selain merapatkan jurang digital antara komuniti bandar dan luar bandar, ini dapat membantu meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat dalam kehidupan seharian.
 
 
Aktiviti
 
Antara aktiviti yang dijalankan ialah Taklimat Dashboard Komuniti iaitu pengisian tentang semua Modul Dashboard Komuniti. Aktiviti sampingan pula adalah Pemeriksaan Kesihatan (My Health), Dashboard Coloring Contest, Puzzle Dashboard Online, Dashboard Typing Test dan Lego Fun.