Tarikh           : 16 Disember  2017

Masa            :10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 2 orang

 

E-pembelajaran ini melibatkan penggunaan komputer atau komponen elektronik serta bahan pembelajaran melalui atas talian (online). Tujuan kelas berbentuk aplikasi pembelajaran ini dijalankan adalah kerana penggunaan teknologi dapat meningkatkan keboleh capaian dan keberkesanan pembelajaran. Hal ini kerana ia mengandungi teks, animasi, grafik, audio dan video yang dapat menarik minat para pelajar. Kelas ini telah berlangsung dengan menggunakan 2 laman web iaitu 10fastfingers.com dan www.arcademics.com.

Laman web 10fastfingers.com ini adalah satu laman web bagi mengetahui tahap kemahiran/kecekapan para pelajar dalam proses menaip. Melalui laman web 10fastfingers.com ini ia dapat membantu tahap kepantasan menaip para pelajar. Manakala laman web ww.arcademics.com pula merupakan salah satu laman web pendidikan berbentuk permainan matematik. Laman web ini menyediakan permainan yang berkisarkan subjek matematik bagi memenangi setiap permainan para pelajar perlu menjawab soalan matematik mengikut modul yang disediakan seperti operasi tambah, tolak, darab, bahagi dan lain-lain. Melalui laman web ini ia dapat membantu para pelajar mendalami subjek matematik dalam bentuk permainan.

Gambar Disini