Tarikh           : 30 April 2019

Masa            : 8.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Pengunjung : 230 orang

Tujuan

  • Program Hari Bersama Komuniti ini diadakan bertujuan untuk mempromosikan Pusat internet kepada komuniti dan memperkenalkan satu aplikasi terbaru iaitu Dashboard Komuniti bersama modul-modul yang terdapat di dalam Dashboard Komunit serta menggalakkan mereka untuk memuat turun aplikasi Dashboard Mobile. Selain itu program ini juga diadakan bagi menggalakkan lebih ramai komuniti untuk datang ke Pusat Internet dan menggunakan perkhidmatan yang disediakan serta menghargai sokongan komuniti terhadap program di Pusat Internet.
  1.  

Aktiviti

Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program ini berlangsung. Program dimulakan dengan Majlis Bacaan Yassin oleh komuniti Kg Batu 1, pemeriksaan kesihatan secara percuma(Myhealth), taklimat Klik Dengan Bijak, Kuiz Kahoot, Pertandingan Mewarna Ibu dan Anak, Pertandingan Video Kreatif, Mencipta Artikel dan Origami. Selain itu, terdapat juga pameran dari agensi seperti KWSP, PTPTN dan Perpustakaan Desa.

 

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________