Tarikh           : 22 November 2019

Masa            : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 3 orang

Tujuan

  • E-pembelajaran ini melibatkan penggunaan komputer atau komponen elektronik serta bahan pembelajaran melalui atas talian (online). Tujuan kelas berbentuk aplikasi pembelajaran ini dijalankan adalah kerana penggunaan teknologi dapat meningkatkan keboleh capaian dan keberkesanan pembelajaran. Hal ini kerana ia mengandungi teks, animasi, grafik, audio dan video yang dapat menarik minat para pelajar. Kelas ini telah berlangsung dengan menggunakan 2 laman web iaitu 10fastfingers.com dan www.hiddenobjectgames.com.

Aktiviti

Laman web 10fastfingers.com ini adalah satu laman web bagi mengetahui tahap kemahiran/kecekapan para pelajar dalam proses menaip. Maka para pelajar diminta menaip kembali perkataan-perkataan yang diberikan dalam masa 1 minit dan setelah masa tamat para pelajar dapat mengetahui tahap kecekapan menaip mereka. Manakala laman web hidden object pula menguji tahap kecekapan para pelajar mencari objek yang tersembunyi didalam gambar.

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________