Tarikh : 12 September 2022 Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengahari Lokasi : Dewan SK Kuala Ketil Peserta : 458 orang |
Tujuan
- Tujuan program Klik Dengan Bijak ini dijalankan adalah untuk memberi penerangan kepada pelajar tentang penggunaan internet secara berhemah dan melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet) serta mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.
Aktiviti
Seramai 458 orang pelajar yang terdiri daripada murid tahap 2 menyertai pengisian program ini. Program ini dimulakan dengan taklimat Klik Dengan Bijak dan seterusnya dengan sesi soal jawab serta penyampaian cenderahati kepada pelajar.
_______________________________________________________________________________________