• 1.   Bagaimanakah cara untuk saya memohon NADI di kawasan saya?

      Pemilihan lokasi NADI adalah berdasarkan kepada tinjauan dan lawatan tapak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh SKMM dengan        kerjasama agensi Kerajaan pusat dan negeri yang berkaitan.Perlantikan pemberi perkhidmatan bagi melaksanakan NADI adalah melalui proses tender terbuka kepada pemegang-pemegang lesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM 1998).

  • 2.   Bagaimanakah kaedah pelaksanaan projek NADI?

      Proses pelaksanaan NADI adalah melalui kaedah tender terbuka mengikut peraturan-peraturan Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP). Sila              rujuk www.skmm.gov.my dari semasa ke semasa bagi pemberitahuan tender.

  • 3.   Adakah terdapat syarat-syarat khusus untuk membida projek NADI? Adakah orang awam boleh memohon untuk membuka NADI ini?

      Pihak pembida hendaklah merupakan pemegang lesen Pemberi Perkhidmatan Rangkaian Individu (NSP(I)),Pemberi Perkhidmatan Kemudahan          Rangkaian Individu (NFP(I)) dan Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kelas (ASP(C)) di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Sila rujuk                  kepada Bahagian Pelesenan SKMM untuk keterangan lanjut.

  • 4.   Apakah kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di NADI?

      Perkhidmatan yang disediakan adalah capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi, perkhidmatan Wi-Fi bagi capaian penduduk sekitar,                      kemudahan IT terkini seperti 20 buah komputer dan perisian, perkhidmatan faks, pencetak, program latihan ICT dan pembangunan modal insan          dan aktiviti berkaitan yang akan diuruskan oleh pengurus dan pembantu pengurus.

  • 5.   Siapakah yang boleh mengunjungi NADI?

      Penggunaan NADI adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia.

  • 6.   Adakah saya perlu mendaftar untuk menggunakan kemudahan di NADI?

      Pengguna digalakkan untuk mendaftar sebagai ahli NADI bagi menikmati kadar yang lebih murah bagi setiap kemudahan dan perkhidmatan yang        disediakan.

  • 7.   Adakah saya akan dikenakan caj sekiranya menggunakan kemudahan atau perkhidmatan yang disediakan di NADI?

      Terdapat kemudahan dan perkhidmatan yang dikenakan dengan kadar caj yang rendah dan berpatutan.

  • 8.   Saya berminat untuk mengikut program latihan ICT di NADI. Berapakah kadar yang dikenakan bagi setiap program latihan?

      Tiada bayaran akan dikenakan ke atas setiap program latihan yang disediakan. Anda dinasihatkan untuk berhubung dengan pengurus NADI yang        berhampiran untuk keterangan lanjut.

  • 9.   Apakah perbezaan di antara NADI dengan cybercafe sediada?

      Setiap penggunaan komputer NADI adalah dipantau oleh Sistem Pemantauan Berpusat dan pengurus bagi memastikan tiada sebarang                        penyalahgunaan. Selain itu, terdapat juga kempen kesedaran dan panduan penggunaan internet kepada pengguna.

 

Disediakan oleh: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)