Kuih Sepit merupakan salah satu jenis kuih tradisional yang hanya akan dihidangkan pada waktu musim perayaan atau kenduri. Namun kini kuih tersebut boleh didapati pada bila-bila masa sahaja apabila ia telah dikomersilkan sepanjang musim oleh peniaga-peniaga tempatan. Di Kuala Ketil terdapat seorang usahawan yang menjalankan perniagaan kuih sepit ini iaitu Puan Zaniza Binti Ahmad. Beliau merupakan seorang ahli Pi1M Kg Batu 1, Kuala Ketil yang berkerja sebagai Guru Tabika Kemas telah menjalankan perniagaan sampingan yang menghasilkan pelbagai jenis kuih tradisional antaranya Kuih Sepit Berintikan Coklat yang semakin digemari ramai. Harga sebalang Kuih Sepit Inti Coklat ini adalah berharga RM 20.00 (75 keping). Untuk tempahan atau pembelian terus boleh hubungi 0194628933(Zaniza).

 

 IMG20170504141609