Mohida Enterprise

 

Mohida Enterprise adalah sebuah syarikat IKS bumiputera yang menghasilkan dan memproses makanan halal yang terletak di Kuala Ketil, Kedah. Syarikat ini telah beroperasi sejak tahun 1984 lagi. Syarikat ini telah mengeluarkan pelbagai produk makanan yang halal lagi bersih. Antara hasil keluaran utama syarikat ini ialah Kicap dan Sos Cili. Barangan tambahan syarikat ini ialah Cuka Buatan. Produk yang dikeluarkan oleh  syarikat ini berjenama “LEMBU BERLAGA”.

Syarikat ini mempunyai pekerja lebih daripada 10 orang dan kebanyakan pekerjanya terdiri daripada penduduk tempatan. Syarikat ini ada mempunyai hubungan dan kerjasama daripada agensi kerajaan seperti  SIRIM, KEDA dan lain-lain agensi.

Alamat:
Mohida Enterprise,
Kilang Kicap, Batu 1,
Jalan Parit Panjang, 09300 Kuala Ketil, Kedah.

Tel / Fax : o4-4163980

Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.