Gunung Baling, Kedah

Gunung Baling yang Ketinggian 420m, termasuk dalam kategori gunung limestone outcrops di mana Gunung Baling terdiri daripada batuan batu kapur. Lokasi Gunung Baling terletak di Mukim Pulai, Daerah Baling, Kedah. Koordinat puncak tertinggi gunung ini adalah 5°40.790’N 100°54.567’E Laluan mendaki boleh dibahagikan kepada tiga peringkat. Peringkat pertama laluan hutan sederhana yang bertanah di mana disini trek pendakian korang akan terus mendaki bukit agak mencabar. Kedua laluan hutan sederhana yang berbatu, dan ketiga laluan berbatu yang ditumbuhi pokok renek dan buluh.

   

(sumber: http://www.sobriyaacob.com/2016/02/mengejar-matahari-terbit-di-puncak.html)