Keindahan Gua Sireh di Kampung Padang Cik Mas, Mukim Pulai, Baling merupakan tarikan kepada pengunjung tempatan dan luar negara. Lokasinya yang terletak 20 meter daripada pekan Baling telah dibuka kepada pengunjung pada Februari 2019. Laluan gua ini adalah sepanjang 400 meter iaitu dari pintu masuk sampai ke hujung telah dijadikan lokasi perlancongan terbaru di daerah Baling. Penerokaan gua ini dilakukan atas inisiatif persatuan penduduk dan penduduk menggerakkan inisiatif memajukan gua berikutan keunikan dan keindahannya. Panorama didalam gua ini sungguh menakjubkan. 

    

 Gua Sireh

Kampung Padang Che Mas, Dalam Wang,09100 Baling, Kedah

019-4080038 / 019-9305672 / 019-3972045
https://maps.app.goo.gl/vN2dY

 

(sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/03/430438/gua-sirih-tarikan-baru-baling)