Tarikh           : 11 Oktober 2022

Masa            : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi          : PEDi Kg Batu 1, Kuala Ketil

Peserta        : 13 orang

Tujuan

  • Taklimat yang disampaikan oleh wakil MIV UUM ini adalah bertujuan memberikan pendedahan kepada komuniti tentang bahayanya jenayah siber terhadap kita. Selain itu, turut diberikan tips-tips keselamatan ketika di internet. Para peserta juga ditayangkan dengan beberapa video pendek yang memaparkan kesan jenayah siber dan bagaimana untuk kita mengatasinya.

Aktiviti

1. Taklimat Jenayah Siber & Keselamatan Siber

2. Sesi Soal Jawab

3. Quizizz 

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________

Tarikh           : 07 Oktober 2022

Masa            : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi          : PEDi Kg Batu 1, Kuala Ketil

Peserta        : 2 orang

Tujuan

  • E-pembelajaran ini melibatkan penggunaan komputer atau komponen elektronik serta bahan pembelajaran melalui atas talian (online). Tujuan kelas berbentuk aplikasi pembelajaran ini dijalankan adalah kerana penggunaan teknologi dapat meningkatkan keboleh capaian dan keberkesanan pembelajaran. Hal ini kerana ia mengandungi teks, animasi, grafik, audio dan video yang dapat menarik minat para pelajar. 

Aktiviti

Para pelajar diperkenalkan dengan satu laman web iaitu arcademicskillsbuilders.com. Laman web ini memfokuskan pembelajaran dalam talian seperti subjek matematik, geografi dan bahasa inggeris. 

 

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________

Tarikh           : 17 September 2022

Masa            : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi          :  PEDi Kg Batu 1, Kuala Ketil

Peserta        :  3 orang

Tujuan

Tujuan kelas ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar menggunakan perisian asas komputer. Disamping itu, kelas ini juga dijalankan bagi membantu pelajar-pelajar supaya lebih celik IT dan menggunakan internet dengan lebih berhemah melalui pembelajaran atas talian. Para peserta diberikan pendedahan tentang bagaimana untuk memasukkan gambar ke dalam teks, format kedudukan gambar dan tulisan, jenis tulisan, saiz tulisan dan membuat jadual.

Aktiviti

Para pelajar diberi tunjuk ajar tentang perkakasan komputer dan perisian asas seperti Microsoft Word. Peserta juga turut diberi pendedahan tentang penggunaan aplikasi pembelajaran atas talian seperti 10fastfingers.com (menaip).

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________

Tarikh           : 12 September 2022

Masa            : 9.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi          : Dewan SK Kuala Ketil

Peserta        : 458 orang

Tujuan

  • Tujuan program Klik Dengan Bijak ini dijalankan adalah untuk memberi penerangan kepada pelajar tentang penggunaan internet secara berhemah dan melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet) serta mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.
    1.  

Aktiviti

Seramai 458 orang pelajar yang terdiri daripada murid tahap 2 menyertai pengisian program ini. Program ini dimulakan dengan taklimat Klik Dengan Bijak dan seterusnya dengan sesi soal jawab serta penyampaian cenderahati kepada pelajar. 

 

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________