Tarikh           : 11 Februari 2017

Masa            :10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 4 orang

 

Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi serta menguji minda pelajar dalam penguasaan matematik. Aktiviti kali ini dijalankan dengan memberikan latihan matematik berbentuk teka silang kata. Para pelajar perlu menyelesaikan latihan operasi aritmatik bagi menjawab teka silang kata tersebut. Seramai 4 orang pelajar telah menyertai program ini. Para pelajar yang menyertai program ini diberikan hadiah saguhati sebagai tanda sokongan mereka dalam program tersebut.

Gambar Di sini

 

Tarikh           : 27 Januari 2017

Masa            :10.00 pagi

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 8 orang

 

Program ini bertujuan memberi pendedahan serta menguji minda pelajar dalam penguasaan matematik. Seramai 8 orang pelajar telah diberikan penerangan mengenai permainan dalam talian iaitu SUDOKU. Yang mana ia satu permainan yang berasal dari Jepun yang dapat membantu para pelajar menguasai serta menguji minda dalam mata pelajaran matematik. Para pelajar diberikan masa terlebih dahulu untuk mengetahui selok belok permainan SUDOKU ini. Di akhirnya, para pelajar bertanding antara satu sama lain untuk mengetahui siapa yang terpantas dalam pertandingan SUDOKU ini. Para pelajar yang menyertai program ini diberikan hadiah saguhati sebagai tanda sokongan mereka dalam program tersebut.

 

Gambar Di sini

 

 

Tarikh           : 4 Januari 2017

Masa            : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi          : Dewan MRSM Baling, Kedah

Peserta        : 100 orang

Program ini dijalankan bagi memberi pendedahan kepada para pelajar tentang implikasi penggunaan media sosial terhadap remaja pada masa kini. Taklimat 2 jam tersebut dihadiri oleh pelajar Tingkatan 3 seramai 100 orang dan 2 orang wakil guru yang turut sama. Kempen Klik Dengan Bijak (KDB) ini adalah salah satu inisiatif daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memupuk sikap positif para pelajar terhadap penggunaan internet khususnya dan pengaruh media sosial amnya.

Sepanjang program tersebut selain memberikan taklimat kepada para pelajar, sesi soal jawab jugak dibuka bagi memberi peluang kepada para pelajar dan wakil guru untuk bertanyakan soalan atau pandangan. Di samping itu, soalan kuiz juga diajukan kepada para pelajar bagi mengetahui maklum balas serta kefahaman mereka terhadap penyampaian sepanjang taklimat itu berlangsung dan para pelajar diberikan juga hadiah saguhati sebagai tanda penghargaan di atas kerjasama yang diberikan.

Gambar Disini