Tarikh           : 19 Mei 2022

Masa            : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi          : PEDi Kg Batu 1

Peserta        : 2 orang

Tujuan

  • E-pembelajaran ini melibatkan penggunaan komputer atau komponen elektronik serta bahan pembelajaran melalui atas talian (online). Tujuan kelas berbentuk aplikasi pembelajaran ini dijalankan adalah kerana penggunaan teknologi dapat meningkatkan keboleh capaian dan keberkesanan pembelajaran. Hal ini kerana ia mengandungi teks, animasi, grafik, audio dan video yang dapat menarik minat para pelajar. Kelas ini telah berlangsung dengan menggunakan laman web 10fastfingers.com

Aktiviti

Laman web 10fastfingers.com ini adalah satu laman web bagi mengetahui tahap kemahiran/kecekapan para pelajar dalam proses menaip. Maka para pelajar diminta menaip kembali perkataan-perkataan yang diberikan dalam masa 1 minit dan setelah masa tamat para pelajar dapat mengetahui tahap kecekapan menaip mereka. 

 

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________

Tarikh           : 14 Mei 2022

Masa            : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi          :  PEDi Kg Batu 1, Kuala Ketil

Peserta        : 3 orang

Tujuan

  • Kelas berasaskan internet merupakan satu alternatif pembelajaran yang digunakan bagi menarik minat para pelajar dan meningkatkan ilmu pengetahuan mereka tentang cara menggunakan komputer dan internet dengan betul.

Aktiviti

Seramai 3 orang pelajar menyertai aktiviti ini dengan menggunakan laman web thewordsearch.com untuk sesi pembelajaran pada hari ini.

  •  

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________

Tarikh           : 22 April 2022

Masa            : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi          : PEDi Kg Batu 1, Kuala Ketil

Peserta        : 2 orang

Tujuan

    1. Memperkenalkan aplikasi perisian lembaran kerja menggunakan Microsoft PowerPoint.

Aktiviti

Seramai 2 orang pelajar telah mengikuti kelas asas lembaran kerja ini. Melalui kelas ini, mereka dapat belajar menggunakan Microsoft PowerPoint dan diberikan latihan menggunakan menu-menu yang tertentu bagi menghasilkan persembahan slaid yang menarik dengan menambahkan gambar dan grafik. 

 

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________

Tarikh           : 7 Mei 2022

Masa            : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi          : PEDi Kg Batu 1, Kuala Ketil

Peserta        : 1 orang

Tujuan

      1. Memperkenalkan aplikasi perisian lembaran kerja menggunakan Microsoft Word kepada pelajar baru.

Aktiviti

Petugas memberikan penerangan tentang cara penggunaan dan menu yang terdapat di dalam Microsoft Office Word dan pelajar diberikan tugasan mudah untuk menggunakan apliksai tersebut.

 

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________

Tarikh           : 16 April 2022

Masa            :10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi          : PEDi Kg Batu 1, Kuala Ketil

Peserta        : 1 orang

Tujuan

      • Memberi pendedahan kepada peserta bagaimana cara untuk mencipta email dan menggunakan google drive bagi tujuan pembelajaran.

Aktiviti

Peserta diajar cara untuk mendaftar email dan seterusnya petugas menerangkan bagaimana untuk menghantar serta membalas email. Peserta juga diajar cara menggunakan google Drive. 

 

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________