Tarikh           : 15 April 2022

Masa            : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi          : PEDi Kg Batu 1

Peserta        : 3 orang

Tujuan

  • E-pembelajaran ini melibatkan penggunaan komputer atau komponen elektronik serta bahan pembelajaran melalui atas talian (online). Tujuan kelas berbentuk aplikasi pembelajaran ini dijalankan adalah kerana penggunaan teknologi dapat meningkatkan keboleh capaian dan keberkesanan pembelajaran. Hal ini kerana ia mengandungi teks, animasi, grafik, audio dan video yang dapat menarik minat para pelajar. Kelas ini telah berlangsung dengan menggunakan laman web 10fastfingers.com

Aktiviti

Laman web 10fastfingers.com ini adalah satu laman web bagi mengetahui tahap kemahiran/kecekapan para pelajar dalam proses menaip. Maka para pelajar diminta menaip kembali perkataan-perkataan yang diberikan dalam masa 1 minit dan setelah masa tamat para pelajar dapat mengetahui tahap kecekapan menaip mereka. 

 

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________

Tarikh           : 14 April 2022

Masa            : 11.00 pagi - 12.30 tengahari

Lokasi          : PEDi Kg Batu 1, Kuala Ketil

Peserta        : 2 orang

Tujuan

  • Membantu guru tabika KEMAS mengemaskini maklumat.

Aktiviti

Guru Tabika KEMAS berkunjung ke PEDi untuk mengemaskini maklumat di dalam sistem maklumat HRMIS. Kemudahan di PEDi ini memberi keselesaan kepada pengguna bagi tujuan pengemaskini maklumat serta kemudahan capaian internet yang berkelajuan tinggi dapat membolehkan mereka mengakses sistem HRMIS dengan mudah dan cepat.

 

_______________________________________________________________________________________

Tarikh           : 2 April 2022

Masa            : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi          : PEDi Kg Batu 1, Kuala Ketil

Peserta        : 1 orang

Tujuan

    1. Bertujuan untuk membantu memantapkan kemahiran pelajar menggunakan aplikasi (Microsoft Office Word) dan internet. 

Aktiviti

Petugas memberikan penerangan tentang cara penggunaan dan menu yang terdapat di dalam Microsoft Office Word dan pelajar diberikan tugasan mudah untuk menggunakan apliksai tersebut.

 

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________

 

Tarikh           : 8 April 2022

Masa            : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi          : PEDi Kg Batu 1, Kuala Ketil

Peserta        : 1 orang

Tujuan

        • Memberi pendedahan awal tentang kemahiran bagaimana cara-cara untuk membuat suntingan secara online.  Peserta menggunakan Online Photo Editor www.canva.com untuk membuat suntingan imej serta menghasilkan imej yang cantik dan menarik.

    Aktiviti

    • Peserta diberikan penerangan cara menggunakan aplikasi canva di komputer dan juga muat turun pada telefon pintar. Peserta diperkenalkan dengan templat yang terdapat dalam aplikasi canva. Peserta di beri pendedahan cara untuk membuat resume, kad ucapan dan juga cara untuk membuat kad perniagaan. 

Gambar Disini

______________________________________________________________________________________

Tarikh           : 23 Mac 2022

Masa            : 9.00 pagi - 2.00 petang

Lokasi          : PEDi Kg Batu 1, Kuala Ketil

Peserta        : Komuniti Sekitar

Tujuan

    1. Membantu mempermudahkan urusan komuniti dengan pihak Tabung Haji.

Aktiviti

1. Pendaftaran Akaun Baru TH
2. Pendaftaran THijari
3. Pendaftaran Haji
4. Kemaskini Profil
5. Simpanan Tunai
6. Potongan Gaji
7. Penamaan 

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________