Tarikh           : 20 April 2021

Masa            : 2.00 petang - 3.00 petang

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 2 orang

Tujuan

    • Membantu pengguna yang tidak mempunyai capaian internet untuk menjawab peperiksaan online SPA.

Aktiviti

Calon peperiksaan SPA yang juga ahli PI berkunjung ke Pusat internet untuk membuat Peperiksaan SPA secara online. Kemudahan di PI ini memberi keselesaan kepada calon untuk menjawab soalan dengan tenang dengan persekitaran yang nyaman serta kemudahan capaian internet yang berkelajuan tinggi dapat membolehkan mereka menjawab soalan dengan lancar.

  

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________

Tarikh           : 10 April 2021

Masa            : 3.00 petang

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 4 orang

Tujuan

  • Pertandingan kuiz ini diadakan adalah untuk memberi asas pengetahuan dan meningkatkan kemahiran berfikir serta meningkatkan daya kreativiti pelajar.

 

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________

Tarikh           : 01 April 2021

Masa            : 12.00 tengahari - 1.00 petang

Lokasi          :  Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        :  1 orang

Tujuan

Membantu komuniti menyerahkan bukti gangguan video dan mesej lucah kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Negeri Kedah.

Aktiviti

Mendokumentasikan laporan polis dan perbualan antara mangsa dengan pengganggu untuk dihantar (Emel) kepada pihak SKMM Negeri Kedah.

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________

 

Tarikh           : 6 April 2021

Masa            : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 1 orang

Tujuan

  • Kelas E-Pembelajaran merupakan kelas pembelajaran online melalui laman web yang menyediakan pembelajaran secara alam maya. Di samping belajar secara online, pelajar juga didedahkan cara menggunakan komputer dan internet dengan betul.
    1.  

Aktiviti

Pelajar menggunakan laman web arcademicskillbuilders.com dan 10fastfingers.com pada sesi pembelajaran.

 

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________

Tarikh           : 19 Mac 2021

Masa            : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi          :  Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        :  2 orang

Tujuan

Tujuan kelas ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar menggunakan perisian asas komputer. Disamping itu, kelas ini juga dijalankan bagi membantu pelajar-pelajar supaya lebih celik IT dan menggunakan internet dengan lebih berhemah melalui pembelajaran atas talian

Aktiviti

Para pelajar diberi tunjuk ajar tentang perkakasan komputer dan perisian asas seperti Microsoft Word. Peserta juga turut diberi pendedahan tentang penggunaan aplikasi pembelajaran atas talian seperti 10fastfingers.com (menaip).

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________