Tarikh           :  12 Mac 2021

Masa            : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi          :  Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        :  4 orang

Tujuan

Sebagai salah satu bentuk pengisian aktiviti kepada pelajar sekolah bersempena dengan cuti hujung minggu. Di samping itu, ia dapat menguji daya tumpuan dan pada masa yang sama ia dapat meningkatkan kemahiran kreatif pelajar dalam menyelesaikan masalah.

Aktiviti

Para peserta cuba menyelesaikan puzzle yang disediakan di laman sesawang www.jigsawplanet.com. Peserta terpantas yang berjaya menyelesaikan puzzle tersebut dikira sebagai pemenang dan menerima cenderahati.

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________

Tarikh           :  6 Mac 2021

Masa            : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 3 orang

Tujuan

Memberi pendedahan kepada pelajar bagaimana untuk menggunakan emel dan google drive serta pendedahan tentang media sosial.

Aktiviti

Seramai 3 orang peserta telah menghadiri kelas ini. Peserta diberi penerangan oleh petugas tentang cara menggunakan emel dengan betul dan mengenal fungsi lain di dalam emel yang belum diketahui oleh peserta.

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________

 

Tarikh           : 17 Februari 2021

Masa            : 10.30 pagi - 11.30 pagi

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 1 orang

Tujuan

Membantu pelajar menjalani proses pengundian Pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) atas talian.

Aktiviti

Menggunakan kemudahan capaian internet di Pusat Internet bagi proses pengundian secara atas talian sempena Pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej Vokasional Sg Petani 2 sesi 2021.

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________

 

Tarikh           : 23 Februari 2021

Masa            : 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 1 orang

Tujuan

    1. Membantu komuniti setempat dengan memberi kemudahan penggunaan komputer bagi mempelajari asas lembaran kerja melalui aplikasi Microsoft Excel.

Aktiviti

Melalui kelas ini, mereka dapat belajar menggunakan Microsoft Excel sebagai salah satu medium lembaran kerja yang dapat membantu proses kemasukan data dan format pengiraan.

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________

 

Tarikh           : 1 - 9 Februari 2021

Masa            : 10.00 pagi - 5.00 petang

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 5 orang

Tujuan

Membantu komuniti sekitar yang tidak mempunyai capaian internet membuat permohonan baru dan kemaskini maklumat Bantuan Prihatin Rakyat di laman web LHDN. 

Aktiviti

Kemudahan yang diberikan di Pusat Internet mendapat respon positif daripada komuniti dengan capaian internet yang berkelajuan tinggi serta membolehkan mereka mengakses laman web tersebut.

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________