Tarikh           : 02 Oktober 2020

Masa            : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 1 orang

Tujuan

    • Memperkenalkan serta mempelajari cara-cara menggunakan perisian Microsoft Office Word 2010. Peserta juga diberi penerangan berkaitan tentang fungsi-fungsi atau menu yang terdapat dalam perisian tersebut.

       

Aktiviti

Memberi taklimat tentang kegunaan, kelebihan dan cara-cara menggunakan Microsoft Office Word 2010. Peserta dapat menggunakan perisian Microsoft Office Word 2010 dan menyelesaikan tugasan yang diberikan dengan baik.

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________

 

 

Tarikh           : 18 September 2020

Masa            : 9.30 pagi - 10.30 pagi

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 1 orang

Tujuan

    • Kelas ini dijalankan bagi memberi pendedahan dan mempelajari cara menggunakan laman web EzBiz, iaitu laman web pendaftaran dan pembaharuan perniagaan atas talian oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Beliau diberikan panduan tentang tatacara penggunaan EzBiz bermula dari memasukkan kata nama dan laluan sehingga selesai membuat bayaran pendaftaran. Dengan menggunakan EzBiz, beliau didedahkan dengan penggunaan laman web ini bagi memudahkannya untuk menyelesaikan urusan berkaitan perniagaan pada masa akan datang. 

Aktiviti

- Pendaftaran Nama Perniagaan

- Jenis Perniagaan

- Membuat Pembayaran 

 

Gambar Disini

 _______________________________________________________________________________________

 

 

Tarikh           : 21 Ogos 2020

Masa            : 3.00 petang - 4.00 petang

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 2 orang

Tujuan

    • Memberi pendedahan dan pembelajaran kepada usahawan untuk menguruskan pesanan pelanggan melalui platform Shopee.

Aktiviti

1. Seller Centre

2. Menguruskan Pesanan

3. Mencetak Waybill

 

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________

 

 

Tarikh           : 21 - 22 & 28 - 29 Ogos 2020

Masa            : 10.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 22 orang

Tujuan

    • Bengkel ini diadakan untuk meningkatkan kemahiran pelajar mencipta poster secara kreatif dan menarik. Selain itu ia dapat melahirkan komuniti celik IT disamping menggalakkan remaja terus aktif dengan pusat internet. 

Aktiviti

Pelajar mencipta poster menggunakan aplikasi web canva.com bertajuk Pusat Internet Pemangkin Komuniti Digital. Elemen yang diterapkan dalam poster tersebut ialah perkhidmatan, peranan dan gambaran Pusat Internet.

 

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________

 

Tarikh           : 14 Ogos 2020

Masa            :10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 9 orang

Tujuan

      • Kelas ini dijalankan untuk memberi pendedahan kepada pelajar bagaimana cara untuk mencipta email dan menggunakan google drive bagi tujuan pembelajaran mereka.

Aktiviti

Seramai 9 orang pelajar telah menghadiri kelas email dan google drive ini. Di dalam kelas pembelajaran ini, pelajar diajar cara untuk mendaftar email dan seterusnya petugas menerangkan bagaimana untuk menghantar serta membalas email. Para pelajar juga diajar cara menggunakan google Drive. 

 

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________