Tarikh           : 6 Ogos 2020

Masa            :10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 1 orang

Tujuan

      • Kelas ini dijalankan bagi memberikan pendedahan kepada Pn. Norliah tentang asas penggunaan Microsoft Office Word serta fungsi-fungsi yang terdapat di dalam Microsoft Office Word 2010. Beliau diberikan pendedahan tentang bagaimana untuk memasukkan gambar ke dalam teks, format kedudukan gambar dan tulisan, jenis tulisan, saiz tulisan dan membuat jadual.

Aktiviti

Melalui kelas ini, beliau dapat belajar menggunakan Microsoft Word dan mengendalikan mouse (tetikus) serta keyboard (papan kekunci) dengan baik.

 

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________

 

Tarikh           : 23 Julai 2020

Masa            :10.00 pagi - 5.30 petang

Lokasi          : Pusat Internet Kg Bawah Gunung

Peserta        : 6 orang

Tujuan

    • Memberi pendedahan dan pembelajaran tentang aplikasi shopee sebagai medium jualan atas talian.

Aktiviti

1. Pengenalan Shopee

2. Pembelajaran Asas Shopee

3. Seller Centre

4. Product

5. Marketing

 

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________

 

Tarikh           : 6 Mac 2020

Masa            :10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 5 orang

Tujuan

    • Mempelajari cara-cara menggunakan perisian Microsoft Office Word 2010. Peserta juga diberi penerangan berkaitan website pembelajaran dan aplikasi atas talian yang dapat membantu dalam meningkatkan daya kreativiti pelajar.

Aktiviti

Memberi taklimat tentang kegunaan, kelebihan dan cara-cara menggunakan Microsoft Office Word 2010. Peserta dapat menggunakan perisian Microsoft Office Word 2010 dan menyelesaikan tugasan yang diberikan dengan baik.

 

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________

 

Tarikh           : 13 Mac 2020

Masa            : 9.00 pagi - 5.00 petang

Lokasi          : Dewan Tuanku Permaisuri Hajah                         Haminah UniSHAMS

Peserta        : 100 orang

Tujuan

    • Mempromosikan Pusat Internet kepada komuniti serta kempen Klik Dengan Bijak. Program 'Klik Dengan Bijak' bertujuan mewujudkan kesedaran penggunaan internet berteraskan aspek keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna lain. Antara topik yang ditekankan ialah penyamaran secara online, buli siber, sexting serta tips-tips berguna ketika melayari Internet. Selain itu, aktiviti ini juga dapat menghubungkan komuniti dengan pusat internet di samping mempromosikan serta memberi kesedaran tentang penggunaan internet secara bijak dan berhemah.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan adalah:-

  • - Taklimat Klik Dengan Bijak
  • - Roda Impian 
  • - Word Search KDB
  • - IQ Test
  • - Jengga

 

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________

 

Tarikh           : 28 Februari 2020

Masa            : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        :  4 orang

Tujuan

    • Tujuan aktiviti ini diadakan adalah bagi merangsang minda serta mengisi masa lapang pelajar dengan perkara berfaedah di samping menggalakkan mereka berfikir secara kreatif dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan.

Aktiviti

Setiap peserta perlu menyelesaikan soalan matematik yang diberikan dan seterusnya mewarna jawapan yang betul mengikut kategori warna yang diberikan.

 

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________