Tarikh           : 19 Julai 2019

Masa            :10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 2 orang

 

E-pembelajaran ini melibatkan penggunaan komputer atau komponen elektronik serta bahan pembelajaran melalui atas talian (online). Tujuan kelas berbentuk aplikasi pembelajaran ini dijalankan adalah kerana penggunaan teknologi dapat meningkatkan keboleh capaian dan keberkesanan pembelajaran. Kelas ini telah berlangsung dengan menggunakan 2 laman web iaitu 10fastfingers.com dan www.learninggamesforkids.com

Laman web 10fastfingers.com ini adalah satu laman web bagi mengetahui tahap kemahiran/kecekapan para pelajar dalam proses menaip. Melalui laman web 10fastfingers.com ini ia dapat membantu tahap kepantasan menaip para pelajar. Manakala laman web www.learninggamesforkids.com adalah sebuah laman web interaktif berbentuk permainan pendidikan yang memberi pendedahan kepada pelajar melalui permainan berdasarkan modul yang dipilih.

Gambar Disini

 _______________________________________________________________________________________

 

Tarikh           : 11 Julai 2019

Masa            : 10.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi          : SMK Kuala Ketil

Peserta        : 65  orang

Tujuan

    • Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah bagi mempromosikan Pusat Internet kepada komuniti dan memperkenalkan aplikasi Dashboard Komuniti serta kempen Klik Dengan Bijak.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan adalah:-

  • - Taklimat MIV My Freeview TV
  • - Taklimat Klik Dengan Bijak
  • - Roda Impian 
  • - Teka Bilangan Muka Surat Buku
  • - Word Search KDB
  • - Dam Ular KDB
  • - Teka Perkataan

 

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________

 

Tarikh           : 15 Jun 2019

Masa            : 9.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        :  21 orang

Tujuan

    • MIV ialah satu platform Sukarelawan ICT yang menyasarkan untuk mengelolakan Sukarelawan ICT sebagai sumber yang boleh membantu pelbagai komuniti di kawasan kawasan yang telah dikenal pasti di dalam penggunaan dan pembangunan ICT di dalam komuniti. Program MIV bersama Televisyen terestrial digital (DTT) adalah satu inisiatif pemberitahuan kepada komuniti setempat tentang Peralihan digital melibatkan semua saluran Free To Air (FTA) akan menyiarkan kandungan TV dalam kualiti yang lebih baik berbanding dengan penggunaan teknologi lama (analog).  Siaran Digital myFreeview akan mengantikan siaran teknologi lama (analog) di mana ia merupakan jenama perkhidmatan TV digital percuma Malaysia yang menawarkan saluran TV dan radio popular tanpa sebarang bayaran atau yuran langganan.

Aktiviti

Setiap peserta diberikan taklimat mengenai tugas-tugas sukarelawan yang perlu dilakukan. Para peserta juga diberikan sedikit informasi mengenai siaran Siaran Digital myFreeview. 

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________

 

 

Tarikh           : 27 Jun 2019

Masa            : 10.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 15 orang

Tujuan

    • Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah bagi menguji minda para peserta dan daya tumpuan mereka dalam mencari  perkataan yang tersembunyi di dalam helaian kertas yang diberikan.

Aktiviti

Setiap peserta dibekalkan sehelai kertas yang mengandungi 21 perkataan yang perlu dicari dan pemenang adalah berdasarkan siapa paling pantas dalam mencari perkataan tersembunyi.

 

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________

 

Tarikh           : 14 Jun 2019

Masa            : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        :  7 orang

Tujuan

    • Tujuan aktiviti ini diadakan adalah bagi merangsang minda serta mengisi masa lapang pelajar dengan perkara berfaedah di samping menggalakkan mereka berfikir secara kreatif dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan.

Aktiviti

Setiap peserta perlu menyelesaikan soalan matematik yang diberikan dan seterusnya mewarna jawapan yang betul mengikut kategori warna yang diberikan.

 

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________