Tarikh           : 30 Mei 2019

Masa            : 3.00 petang - 4.00 petang

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        :  6 orang

Tujuan

    • Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah bagi menguji tahap kemahiran dan kepantasan para peserta dalam mencari  perkataan yang tersembunyi di dalam helaian kertas yang diberikan bertemakan "Selamat Hari Raya".

Aktiviti

Setiap peserta dibekalkan dengan pensil, pemadam dan sehelai kertas yang mengandungi 21 perkataan yang perlu dicari bertemakan "Selamat Hari Raya" .

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________

 

Tarikh           : 24 Mei 2019

Masa            : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 8 orang

Tujuan

  • Kelas Multimedia ini dijalankan bertujuan mendidik dan melatih serta memahirkan pelajar dalam menyunting imej dalam sesuatu tugasan. Selain itu ia dapat menggalakkan pelajar dalam penggunaan teknologi digital masa kini dalam perlaksanaan sesuatu tugasan serta kelebihan yang diperolehi daripadanya.

Aktiviti

Seramai 8 orang pelajar menyertai kelas ini. Pelajar diajar menyunting sesuatu imej termasuk mencari di laman tertentu, mengedit dan memasukkan ke dalam tugasan.

 

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________

Tarikh           : 8 Mei 2019

Masa            : 3.00 petang - 4.30 petang

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 15 orang

Tujuan

  • Kuiz Kahoot ini diadakan untuk mengembangkan minat pelajar dalam meningkatkan pemahaman mereka dalam Bahasa Melayu dan seterusnya membudayakan Bahasa Melayu dalam kehidupan seharian.
    1.  

Aktiviti

Seramai 15 orang pelajar menyertai kuiz ini. Para pelajar perlu menjawab 20 soalan berkenaan Bahasa Melayu yang disediakan oleh petugas Pusat Internet di laman web Kahoot menggunakan peranti komputer dan telefon mudahalih.

 

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________

Tarikh           : 17 Mei 2019

Masa            : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 2 orang

Tujuan

  • Kelas E-Pembelajaran merupakan kelas pembelajaran online melalui laman web yang menyediakan pembelajaran secara alam maya. Di samping belajar secara online, pelajar juga didedahkan cara menggunakan komputer dan internet dengan betul.
    1.  

Aktiviti

Seramai 2 orang pelajar menyertai kelas ini. Para pelajar menggunakan laman web arcademicskillbuilders.com dan 10fastfingers.com untuk sesi pembelajaran pada hari ini.

 

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________

Tarikh           : 30 April 2019

Masa            : 8.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Pengunjung : 230 orang

Tujuan

  • Program Hari Bersama Komuniti ini diadakan bertujuan untuk mempromosikan Pusat internet kepada komuniti dan memperkenalkan satu aplikasi terbaru iaitu Dashboard Komuniti bersama modul-modul yang terdapat di dalam Dashboard Komunit serta menggalakkan mereka untuk memuat turun aplikasi Dashboard Mobile. Selain itu program ini juga diadakan bagi menggalakkan lebih ramai komuniti untuk datang ke Pusat Internet dan menggunakan perkhidmatan yang disediakan serta menghargai sokongan komuniti terhadap program di Pusat Internet.
  1.  

Aktiviti

Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program ini berlangsung. Program dimulakan dengan Majlis Bacaan Yassin oleh komuniti Kg Batu 1, pemeriksaan kesihatan secara percuma(Myhealth), taklimat Klik Dengan Bijak, Kuiz Kahoot, Pertandingan Mewarna Ibu dan Anak, Pertandingan Video Kreatif, Mencipta Artikel dan Origami. Selain itu, terdapat juga pameran dari agensi seperti KWSP, PTPTN dan Perpustakaan Desa.

 

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________