Tarikh           : 22 November 2019

Masa            : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 3 orang

Tujuan

  • E-pembelajaran ini melibatkan penggunaan komputer atau komponen elektronik serta bahan pembelajaran melalui atas talian (online). Tujuan kelas berbentuk aplikasi pembelajaran ini dijalankan adalah kerana penggunaan teknologi dapat meningkatkan keboleh capaian dan keberkesanan pembelajaran. Hal ini kerana ia mengandungi teks, animasi, grafik, audio dan video yang dapat menarik minat para pelajar. Kelas ini telah berlangsung dengan menggunakan 2 laman web iaitu 10fastfingers.com dan www.hiddenobjectgames.com.

Aktiviti

Laman web 10fastfingers.com ini adalah satu laman web bagi mengetahui tahap kemahiran/kecekapan para pelajar dalam proses menaip. Maka para pelajar diminta menaip kembali perkataan-perkataan yang diberikan dalam masa 1 minit dan setelah masa tamat para pelajar dapat mengetahui tahap kecekapan menaip mereka. Manakala laman web hidden object pula menguji tahap kecekapan para pelajar mencari objek yang tersembunyi didalam gambar.

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________

 

Tarikh           : 15 November 2019

Masa            : 9.30 pagi - 11.30 pagi

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 3 orang

Tujuan

  • Memberi pengetahuan dan kemahiran asas kepada peserta dalam penyediaan slide pembentangan. 

Aktiviti

Para pelajar diberikan tugasan menyenaraikan 10 Tempat Menarik di Malaysia. Mereka dikehendaki mencari gambar tempat-tempat menarik di Malaysia melalui enjin carian (www.google.com.my) dan meletakkan gambar-gambar tersebut ke dalam slaid masing-masing.

 

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________

Tarikh           : 1 November 2019

Masa            : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 2 orang

Tujuan

  • Kelas ini dijalankan bagi memberikan pendedahan pada peserta tentang asas penggunaan Microsoft Office Word serta fungsi-fungsi yang terdapat di dalam Microsoft Office Word 2010. Para peserta diberikan pendedahan tentang bagaimana untuk memasukkan gambar ke dalam teks, format kedudukan gambar dan tulisan, jenis tulisan, saiz tulisan dan membuat jadual.
  •  

Gambar Disini

_________________________________________________________________________________________

 

 

Tarikh           : 7 November 2019

Masa            :3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi          : Dewan SMK Agama Baling

Peserta        : 546 orang

Tujuan

  • Program 'Klik Dengan Bijak' diadakan bagi mewujudkan kesedaran penggunaan internet berteraskan aspek keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna lain. Selain itu ia mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet. Antara topik yang ditekankan ialah penyamaran secara online, buli siber, sexting serta tips-tips berguna ketika melayari Internet.

Aktiviti

  • Taklimat
  • Kuiz 

 

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________

 

 

Tarikh           : 24 Oktober 2019

Masa            : 11.00 pagi - 2.00 petang

Lokasi          : Sek Keb Kuala Kuang

Peserta        : 250 orang

Tujuan

    • Program 'Klik Dengan Bijak' diadakan bagi mewujudkan kesedaran penggunaan internet berteraskan aspek keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna lain.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan adalah:-

  • - Taklimat (Maklumat Palsu, Online Groomin, Buli Siber)
  • - Kuiz

 

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________