Tarikh           : 14 Februari 2019

Masa            : 11.30 pagi - 12.30 tengahari

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 15 orang

Tujuan

  • Kelas Literasi Digital bersama Kanak-kanak Tabika Kemas Kg Batu 1 ini dijalankan untuk memberi pendedahan 

    dan bimbingan kepada kanak-kanak mengenai komputer dan teknologi maklumat. Aktiviti seperti ini dapat menarik minat kanak-kanak melalui kaedah bermain sambil belajar.

Aktiviti

  1. Seramai 15 orang pelajar menyertai aktiviti ini dengan menggunakan laman web thecolor.com yang mana kanak-kanak dikehendaki untuk mewarna gambar yang dipilih.
  •  

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________

 

Tarikh           : 07 Februari 2019

Masa            : 3.00 petang - 4.00 petang

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 13 orang

Tujuan

  • E-Pembelajaran merupakan alternatif pembelajaran yang digunakan bagi menarik minat para pelajar dan meningkatkan ilmu pengetahuan mereka tentang cara menggunakan komputer dan internet dengan betul.

Aktiviti

Seramai 13 orang pelajar menyertai aktiviti in dengan menggunakan laman web thewordsearch.com untuk sesi pembelajaran pada hari ini.

  •  

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________

 

Tarikh           : 23 Januari 2019

Masa            :11.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi          : Dewan Sk Titi Gantong, Baling

Peserta        : 80 orang

Tujuan

  • Tujuan program Klik Dengan Bijak ini dijalankan adalah untuk memberi penerangan kepada pelajar tentang penggunaan internet secara berhemah dan melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet) serta mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.
    1.  

Aktiviti

Seramai 80 orang pelajar yang terdiri daripada murid tahap 2 menyertai pengisian program ini. Program ini dimulakan dengan taklimat Klik Dengan Bijak dan seterusnya dengan sesi soal jawab serta penyampaian cenderahati kepada pelajar. 

 

Gambar Disini

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Tarikh           : 31 Januari 2019

Masa            :10.00 pagi

Lokasi          : Pusat Internet Kg Sadek, Baling

Peserta        : 6 orang

Tujuan

  • Bengkel ini diadakan dengan tujuan untuk mengukuhkan dan menambah ilmu tentang Klik Dengan Bijak agar maklumat yang tepat dan berguna dapat disampaikan kepada komuniti di semua pusat internet. Selain itu terdapat juga beberapa video yang berguna untuk panduan petugas pusat internet dalam melaksanakan ceramah Klik Dengan Bijak kepada komuniti kelak. Wakil dari MCMC yang turut hadir dalam Bengkel Train The Trainer ini ialah Puan Azlina. 
  •  

Gambar Disini

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Tarikh           : 18 Januari 2019

Masa            : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 9 orang

Tujuan

Kelas Asas Penggunaan Internet ini dijalankan bagi memberi pendedahan kepada pelajar bagaimana aplikasi internet dapat membantu kita dalam kehidupan harian. 

Aktiviti

Melalui kelas ini para pelajar diberikan latihan mencipta poster, dimana mereka perlu menggunakan aplikasi internet (www.google.com.my) sebagai salah satu medium pencarian maklumat.

 

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________