Tarikh           : 21 Februari 2020

Masa            : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 4 orang

Tujuan

  • Bertujuan untuk membantu memantapkan kemahiran pelajar menggunakan aplikasi (Microsoft Office Word) dan internet. 

Aktiviti

Seramai 4 orang pelajar menyertai kelas ini. Petugas memberikan penerangan tentang cara penggunaan dan menu yang terdapat di dalam Microsoft Office Word dan pelajar diberikan tugasan mudah untuk menggunakan apliksai tersebut.

 

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________

Tarikh           : 14 Februari 2020

Masa            : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 3 orang

Tujuan

  • Memberi latihan dalam memantapkan kemahiran Asas Pemprosessan Kata (MS Word) kepada pelajar. 

Aktiviti

Seramai 3 orang pelajar menyertai kelas ini. Para pelajar menggunakan Microsoft Office Word 2010 untuk sesi pembelajaran kali ini dengan tema latihan ialah berkenaan "Novel Coronavirus 2019"

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________

 

Tarikh           : 24 Januari 2020

Masa            : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 3 orang

Tujuan

  • PowerPoint merupakan perisian yang membantu menyediakan persembahan slaid yang menarik.  

Aktiviti

Dalam modul ini, para pelajar diberikan latihan dan perlu menggunakan menu-menu yang tertentu bagi menghasilkan persembahan slaid yang menarik dengan menambahkan gambar dan grafik. Para pelajar diberikan tugasan menyenaraikan 10 jenis kenderaan. Mereka dikehendaki mencari gambar jenis-jenis kenderaan yang disenaraikan melalui enjin carian (www.google.com.my) dan meletakkan gambar-gambar tersebut ke dalam slaid masing-masing.

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________

 

 

Tarikh           : 6 Februari 2020

Masa            :10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi          : Makmal Bahasa Kolej Komuniti

Peserta        : 25 orang

Tujuan

  • Program 'Klik Dengan Bijak' diadakan bagi mewujudkan kesedaran penggunaan internet berteraskan aspek keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna lain. Selain itu ia mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet. Antara topik yang ditekankan ialah penyamaran secara online, buli siber, sexting serta tips-tips berguna ketika melayari Internet.

Aktiviti

  • Taklimat
  • Kuiz Kahoot

 

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________

 

 

Tarikh           : 17 Januari 2020

Masa            : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 1 orang

Tujuan

      • Kelas ini dijalankan bagi memberikan pendedahan kepada pelajar tentang asas penggunaan Microsoft Office Word serta fungsi-fungsi yang terdapat di dalam Microsoft Office Word 2010.

Aktiviti

Pelajar diberikan latihan yang merangkumi bagaimana untuk memasukkan gambar ke dalam teks, format kedudukan gambar dan tulisan, jenis tulisan dan saiz tulisan.

 

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________