Tarikh           : 10 Januari 2019

Masa            : 8.30 pagi - 1.00 petang

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 139 orang

Tujuan

Memperkenalkan Pusat Internet sebagai tempat rujukan komuniti sihat dan mengeratkan kerjasama di antara Pusat Internet dengan komuniti Kampung, agensi, Jkkk, dan NGO bagi mewujudkan Komuniti sihat. Selain itu, melalui program Jom Sihat ini juga dapat mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.

Aktiviti

Seramai 139 orang telah hadir bagi memeriahkan program ini. Agensi yang terlibat adalah Klinik Pergigian Kuala Ketil, Tabika Kemas DUN Kuala Ketil dan Coway. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya:

a) Pemeriksaan Kesihatan dan Pergigian

b) Taklimat Kesihatan 

c) Kuiz Kesihatan

d) Mewarna 

e) Advokasi Klik Dengan Bijak

f) Download Aplikasi Dashboard Komuniti

g) Cabutan Bertuah 

 

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________

Tarikh           : 3 Januari 2019

Masa            : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 4 orang

Tujuan

    1. Memperkenalkan aplikasi perisian lembaran kerja menggunakan Microsoft Word

Aktiviti

Seramai 4 orang dewasa mengikuti kelas asas lembaran kerja ini. Melalui kelas ini, mereka dapat belajar menggunakan Microsoft Word dan mengendalikan mouse (tetikus) serta keyboard (papan kekunci) dengan baik.

 

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________

Tarikh           : 21 Disember 2018

Masa            : 3.00 petang - 4.30 petang

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 10 orang

Tujuan

  • Kuiz Kahoot ini diadakan untuk menguji tahap kepekaan dan pengetahuan pelajar mengenai pengetahuan am dan mengisi masa terluang mereka pada waktu petang.
    1.  

Aktiviti

Seramai 10 orang pelajar menyertai kuiz ini. Para pelajar perlu menjawab 20 soalan berkenaan Pengetahuan Am yang disediakan oleh petugas Pusat Internet di laman web Kahoot menggunakan peranti komputer.

 

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________

Tarikh           : 28 Disember 2018

Masa            : 10.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 9 orang

Tujuan

    1. Mengasah kemampuan, fokus, pergerakan dan melatih kemampuan menyelesaikan masalah serta kebolehan mengingat.

Aktiviti

Seramai 9 orang pelajar menyertai permainan ini. Mereka dibahagikan kepada 3 kumpulan dan diberikan 1 jenis lego bagi setiap kumpulan untuk dibentuk.

 

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________

 

Tarikh           : 13 Disember 2018

Masa            : 10.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        :  6 orang

Tujuan

    • Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah bagi menguji tahap kemahiran dan kepantasan para peserta dalam mencari  perkataan yang tersembunyi di dalam helaian kertas yang diberikan bertemakan "Back To School".

Aktiviti

Setiap peserta dibekalkan dengan pensil, pemadam dan sehelai kertas yang mengandungi 16 perkataan berbahasa Inggeris yang perlu dicari bertemakan "Back To School" .

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________