Tarikh           : 3 Disember 2018

Masa            : 10.00 pagi - 11.30 pagi

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 10 orang

Tujuan

    • Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah bagi meningkatkan kemahiran dan kreativiti para peserta mendedahkan kepada setiap peserta mengenai cara membuat penanda buku dengan mudah dan menarik dengan menggunakan batang aiskrim dan kertas.

Aktiviti

Para peserta diberikan masa untuk mencari maklumat serta cara membuat penanda buku di laman youtube dan seterusnya peserta menghasilkan penanda buku mengikut kreativiti masing-masing. 

 

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________

 

Tarikh           : 30 November 2018

Masa            : 10.00 pagi - 11.30 pagi

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 5 orang

Tujuan

    • Merangsang minda serta mengisi masa lapang pelajar dengan perkara berfaedah di samping menggalakkan mereka berfikir secara kreatif dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan.

 

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________

Tarikh           : 14 November 2018

Masa            : 10.00 pagi - 2.00 petang

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 9 orang

Tujuan

  • Program ini telah mendapat kerjasama daripada Jabatan Tenaga Kerja Kedah bersama Syarikat Jabil Circuit Sdn Bhd yang mana telah memilih Pusat Internet Kg Batu 1 sebagai lokasi bagi temuduga tersebut. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada komuniti setempat yang sedang mencari pekerjaan bagi memenuhi kekosongan jawatan Operator Pengeluaran di syarikat terbabit. 

Aktiviti

  • Wakil dari Jabatan Tenaga Kerja Kedah dan Bahagian Sumber Manusia Jabil Circuit Sdn Bhd telah hadir bagi menemuduga mereka yang layak. Seramai 9 orang telah menghadiri temuduga terbuka ini dan hanya 8 orang sahaja yang diterima bagi jawatan tersebut.

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________

 

Tarikh           : 23 November 2018

Masa            : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 6 orang

Tujuan

    • Menguji tahap pengetahuan dan merangsang minda pelajar serta mengisi masa lapang pelajar dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berfikir dalam pelbagai bidang.

Aktiviti

Pelajar didedahkan dengan permainan teka silang kata dan kata sinonim yang melibatkan kepantasan berfikir dengan logik akal dalam masa yang singkat. Melalui aktiviti ini juga, ianya dapat menghindarkan pelajar-pelajar ini dari terlibat dengan aktiviti-aktiviti kurang sihat.

 

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________

Tarikh           : 9 November 2018

Masa            : 2.30 petang - 3.30 petang

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 6 orang

Tujuan

  • Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk menguji kemahiran daya tumpuan peserta dalam mencari perkataan yang tersembunyi dalam kotak perkataan yang disediakan bertemakan “Klik Dengan Bijak” disamping menguji kepantasan setiap peserta.

Aktiviti

  • Seramai 6 orang peserta telah menyertai aktiviti ini yang mana mereka dikehendaki mencari 18 perkataan tersembunyi yang bertemakan “Klik Dengan Bijak”. Para peserta diberikan sebatang pensil dan satu helaian kertas yang mengandungi kotak perkataan setiap seorang.

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________