Tarikh           : 19 September 2018

Masa            :11.00 pagi - 1.30 petang

Lokasi          : Dewan SMK Syed Abu Bakar

Peserta        : 100 orang

Tujuan

  • Program 'Klik Dengan Bijak' diadakan bagi mewujudkan kesedaran penggunaan internet berteraskan aspek keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna lain. Selain itu ia mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet. Antara topik yang ditekankan ialah penyamaran secara online, buli siber, sexting serta tips-tips berguna ketika melayari Internet.

Aktiviti

  • Seramai 100 orang telah menyertai Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) ini. Antara aktiviti sampingan yang dilakukan bersama pelajar selain taklimat adalah Kuiz Soal Jawab dan Susun Semula Abjad. Para pelajar diberikan cenderahati sebagai tanda penghargaan bagi setiap jawapan yang betul.

 

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________

 

Tarikh           : 15 September 2018

Masa            : 9.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi          : SMK Siong

Peserta        : 25 orang

Tujuan

  • Program Treasure Hunt Malaysiaku adalah sebuah program anjuran Pejabat Penerangan Baling dan Pusat Internet Kluster Baling sebagai perlaksana program tersebut. Program ini adalah merupakan satu aktiviti luar dimana dalam aktiviti ini akan menguji kemahiran peserta bagi menyelesaikan permasalahan yang diberi berdasarkan checkpointPeserta dibahagikan mengikukumpulan dan dikehendaki untuk menjelajah dari satu ke satu checkpoint bagi mendapatkan serpihan puzzle yang mana di akhir checkpoint para peserta perlu melengkapkan sebuah gambar iaitu logo Hari Kebangsaan Malaysia 2018 melalui serpihan puzzle yang di kumpul di setiap checkpoint. Sepanjang penjelajahan, peserta akan diuji dengan ujian yang melibatkan minda dan kecergasan diri. Matlamat utama program ini adalah menguji kepekaan dan kecekapan setiap peserta disamping sikap bekerjasama dikalangan ahli kumpulan dalam menyelesaikan tugasan mereka. Program ini dimulakan dengan memberikan sedikit taklimat ringkas berkenaan dengan aktiviti yang dijalankan.

Aktiviti

  • Taklimat 
  • Checkpoint 1 -Pelukis Jalanan 
  • Chekpoint 2 - Bulih Belaka (Origami)
  • Checkpoint 3 - Puzzle Merdeka
  • Checkpoint 4 - Musang Berjanggut
  • Checkpoint 5 - Di Mana Saya? (Cari Barang Tersembunyi)
  • Checkpoint 6 - Penglipur Lara (Persembahan)
  • Checkpoint 7 - Kontraktor Berjaya (Menara Straw)
  • Checkpoint 8 - Jalinan Kasih ( Isi Air Dalam Botol)

 

Gambar Disini

_____________________________________________________________________________________

 

 

Tarikh           : 6 September 2018

Masa            : 11.30 pagi - 2.00 petang

Lokasi          : Dewan SMK Bakai

Peserta        : 300 orang

Tujuan

  • Program 'Klik Dengan Bijak' diadakan bagi menyampaikan dan memberi pemahaman kepada pelajar tentang keselamatan penggunaan internet dan mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet. Antara topik yang ditekankan ialah berkongsi secara berlebihan (oversharing), penyamaran secara online, buli siber, sexting serta tips-tips berguna ketika melayari Internet. Program ini dimulakan dengan memberikan sedikit taklimat ringkas berkenaan dengan Pusat Internet.

Aktiviti

  • Taklimat
  • Kuiz Soal Jawab
  • Susun Semula Perkataan 

 

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________

 

 

Tarikh           : 12 September 2018

Masa            : 10.00 pagi - 11.30 pagi

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 18 orang

Tujuan

  • Aktiviti bersempena sambutan Hari Malaysia disertai oleh kanak-kanak Tabika KEMAS Kg Batu 1 seramai 18 orang bertujuan untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia dan menanamkan semangat perpaduan serta menyemarakkan rasa cinta kepada negara atau semangat nasionalisme.  

Aktiviti

Pelajar diberikan kertas bercetak jalur gemilang untuk mewarna. Setelah siap mereka menggunting kertas tersebut dan membentuk kertas tersebut menjadi topi. 

 

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________

 

Tarikh           : 29 Ogos 2018

Masa            : 9.00 pagi - 3.00 petang

Lokasi          : Kg Kuala Kedua, Baling

Peserta        : 94 orang

Tujuan

  • Aktiviti bersempena sambutan bulan kemerdekaan yang melibatkan penyertaan 94 orang pelajar dari SK Siong dan SMK Siong, Baling adalah bertujuan untuk memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme di dalam jiwa pelajar-pelajar sekolah.  

Aktiviti

Antara aktiviti yang diadakan pada program ini ialah teka silang kata, dam ular gergasi dan puzzle. 

 

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________