Tarikh           : 21 Ogos 2018

Masa            : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 10 orang

Tujuan

  • Kuiz Matematik merupakan salah satu aktiviti yang diadakan pada musim cuti sekolah kali ini. Ia bertujuan untuk mengembangkan minat pelajar dalam meningkatkan pemahaman mereka terhadap matematik.

Aktiviti

Pelajar diberikan kertas bercetak dan pensil warna.  Pelajar harus mengira dan menjawab soalan kuiz matematik serta mewarna jawapan mengikut kategori warna bagi jawapan yang betul.

 

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________

 

 

Tarikh           : 16 Ogos 2018

Masa            : 10.00 pagi - 11.30 pagi

Lokasi          :  Tadika An-Naim, Kuala Ketil

Peserta        : 18 orang

Tujuan

  • Matlamat pertandingan mewarna yang disertai oleh 18 orang kanak-kanak dari Tadika An-Naim bersempena sambutan Hari Kemerdekaan adalah untuk memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara.

Aktiviti

Kanak-kanak diberikan kertas bercetak dan pensil warna untuk  mewarna serta mencungkil kreativiti mereka.

 

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________

 

 

Tarikh           : 3 Ogos 2018

Masa            : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 6 orang

Matlamat

Matlamat utama Kelas Pendidikan Literasi Komputer adalah untuk memberi pendedahan dan bimbingan kepada kanak-kanak ini agar dapat mempertingkatkan perkembangan dan pengetahuan teknologi komunikasi dan maklumat

Objektif

- Memberi pendedahan dan bimbingan kepada kanak-kanak luar bandar mengenai komputer dan teknologi maklumat

- Menyediakan kemudahan kepada kanak-kanak luar bandar yang kurang berkemampuan untuk mengikuti kelas komputer dengan kadar bayaran yang murah dan berpatutan

- Mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan ICT

 

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________

 

Tarikh           : 9 Ogos 2018

Masa            :1.45 petang - 3.45 petang

Lokasi          : Makmal ICT SK Bayu

Peserta        :  34 orang

Tujuan

  • Program 'Klik Dengan Bijak' diadakan bagi mewujudkan kesedaran penggunaan internet berteraskan aspek keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna lain. Selain itu ia mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet. Antara topik yang ditekankan ialah penyamaran secara online, buli siber, sexting serta tips-tips berguna ketika melayari Internet.

Aktiviti

  • Seramai 34 orang telah menyertai Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) ini. Antara aktiviti sampingan yang dilakukan bersama pelajar selain taklimat adalah Kuiz Soal Jawab dan Susun Semula Abjad. Para pelajar diberikan cenderahati sebagai tanda penghargaan bagi setiap jawapan yang betul.

 

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________

Tarikh           : 26 Julai 2018

Masa            :11.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi          : Dewan Sk Kg Sera, Baling

Peserta        : 60 orang

Tujuan

  • Tujuan program Klik Dengan Bijak ini dijalankan adalah untuk memberi penerangan kepada pelajar tentang penggunaan internet secara berhemah dan melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet) serta mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.
    1.  

Aktiviti

Seramai 60 orang pelajar yang terdiri daripada murid tahun 6 menyertai pengisian program ini. Program ini dimulakan dengan taklimat Klik Dengan Bijak dan seterusnya dengan sesi soal jawab serta penyampaian cenderahati kepada pelajar. 

 

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________