Tarikh           : 3 Mei 2018

Masa            : 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 11 orang

Tujuan

  • Pertandingan Buku Skrap ini disertai oleh 11 orang pelajar sekolah menengah bertujuan untuk mewujudkan budaya berfikir secara kreatif dan inovatif dalam menyediakan buku skrap. Dengan adanya teknik membuat buku skrap, pelajar bukan hanya sekadar menyimpan dan menyelidik maklumat, malah mereka juga boleh menjadikannnya sebagai sebuah hasil karya yang boleh dikongsi bersama sesiapa sahaja.

Aktiviti

Para pelajar diberikan bahan-bahan untuk menyediakan sebuah buku skrap untuk menampal gambar beserta tulisan dan perkataan di dalam buku tersebut. Pelajar ditunjukkan cara untuk membuat buku skrap secara asasnya. Pelajar kemudian boleh membuat buku skrap mengikut kreativiti masing-masing. 

 

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________

 

Tarikh           : 26 April 2018

Masa            : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi          :  Dewan Taman Batu Pekaka

Peserta        : 15 orang

Tujuan

  • Demonstrasi pembuatan kotak tisu menggunakan kain flanel adalah untuk menggalakkan golongan wanita berfikir secara kreatif dalam membina hasil gubahan atau rekacipta. Selain itu ia dapat memupuk semangat kerjasama secara individu ataupun berkumpulan. Diharap dengan adanya aktiviti-aktiviti seperti ini kepada golongan wanita dapat memberi impak yang positif dan pengisian masa di rumah dimanfaatkan sebaik-baiknya.

 

Gambar Disini

 _________________________________________________________________________________________

Tarikh           : 12 April 2018

Masa            :10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 18 orang

Tujuan

  • Aktiviti 'Creative Playdoh' bersama kanak-kanak tadika diadakan bertujuan untuk meningkatkan kreativiti dan membina imaginasi kreatif kanak-kanak. Selain itu, melalui program ini juga ia dapat menghubungkan sel-sel otak kiri dan kanan mereka dan mereka dapat menerokai perkara baru serta membentuk keyakinan diri.

 

Gambar Disini

__________________________________________________________________________________________________________________________

 

Tarikh           : 19 April 2018

Masa            : 10.00 pagi - 11.30 pagi

Lokasi          :  Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 15 orang

Tujuan

  • Pertandingan mewarna yang disertai oleh 15 orang kanak-kanak dari Tabika KEMAS Kg Batu 1 bertujuan untuk meningkatkan daya kreatif dan inovasi kanak-kanak dan memupuk minat kanak-kanak di dalam seni. 

Aktiviti

Kanak-kanak diberikan kertas bercetak dan pensil warna untuk  mewarna serta mencungkil kreativiti mereka.

 

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________________________________________

 

 

Tarikh           : 2 April 2018

Masa            :10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi          : Dewan Giat Mara Baling

Peserta        : 45 orang

Tujuan

  • Program 'Klik Dengan Bijak' diadakan bagi mewujudkan kesedaran penggunaan internet berteraskan aspek keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna lain. Selain itu ia mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet. Antara topik yang ditekankan ialah penyamaran secara online, buli siber, sexting serta tips-tips berguna ketika melayari Internet.

Aktiviti

  • Taklimat
  • Kuiz 
  • Roda Impian

 

Gambar Disini