Tarikh           : 30 Mac 2018

Masa            : 9.00 pagi - 11.30 pagi

Lokasi          :  Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 9 orang

Tujuan

  • Fun Indoor Activities diadakan bersama 9 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Program ini diadakan bagi memanfaatkan masa terluang cuti sekolah hujung minggu para pelajar dengan melakukan aktiviti tanpa internet. Ia juga bertujuan mengembalikan nostalgia bermain permainan tradisional selain merapatkan silaturahim sesama mereka. 

Aktiviti

Antara aktiviti yang diadakan pada hari tersebut ialah:-

  • Permainan Dam Ular
  • Congkak
  • Tayangan Video Klik Dengan Bijak (KDB)

 

Gambar Disini

 

 

Tarikh           : 22 Mac 2018

Masa            : 9.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi          :  Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 19 orang

Tujuan

  • School Holiday Fun adalah antara program cuti sekolah yang diadakan pada musim cuti penggal pertama tahun ini. Ia bertujuan untuk mengisi masa lapang pelajar dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berfikir dalam pelbagai bidang. Melalui kesibukan aktiviti ini, ianya dapat menghindarkan pelajar-pelajar ini dari terlibat dengan aktiviti-aktiviti kurang sihat.

Aktiviti

Antara aktiviti yang diadakan pada hari tersebut ialah:-

  • Dam Ular (Klik Dengan Bijak)
  • Lego Fun
  • Count & Color
  • Susun Abjad
  • Word Search
  • Bina Perkataan 

 

Gambar Disini

 

 

Tarikh           : 09 Mac 2018

Masa            : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 5 orang

Tujuan

  • Kelas ini dijalankan kepada 5 orang pelajar Sekolah Rendah bagi memberi pendedahan kepada mereka menggunakan aplikasi asas komputer seperti aplikasi Microsoft Office (Word, Powerpoint). Selain itu ia dapat meningkatkan daya kreativiti pelajar dan menggalakkan pelajar menggunakan komputer dalam proses pembelajaran di sekolah.

Aktiviti

Para pelajar diberikan latihan dan kebebasan bagi menunjukkan kreativiti mereka dalam menggunakan aplikasi tersebut.

 

Gambar Disini

 

Tarikh           : 15 Mac 2018

Masa            : 10.00 pagi - 11.30 pagi

Lokasi          :  Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 10 orang

Tujuan

  • Pertandingan mewarna yang disertai oleh 10 orang kanak-kanak dari Tadika As-Sakinah bertujuan untuk mendedahkan kanak-kanak supaya menggunakan bakat masing-masing di samping memupuk minat kanak-kanak dalam seni. 

Aktiviti

Kanak-kanak diberikan kertas bercetak dan pensil warna untuk  mewarna serta mencungkil kreativiti mereka.

 

 Gambar Disini

 

 

Tarikh           : 03 Mac 2018

Masa            : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        :  6 orang

 

Tujuan

  • Aktiviti ini dijalankan bersama 6 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Program ini dijalankan dengan tema "Learn A Word" bagi menggalakkan penggunaan Bahasa Inggeris dikalangan pelajar samada dalam bentuk bertulis ataupun lisan. Melalui program ini para pelajar dapat menguasai penggunaan Bahasa Inggeris seterusnya dapat membantu mereka meningkatkan tahap pencapaian mereka dalam subjek ini.

Aktiviti

Para pelajar diberikan masa untuk menterjemahkan maksud perkataan Bahasa Inggeris terlebih dahulu sebelum mencari jawapan bagi soalan kuiz "Learn A Word" dan "Finish The Word". 

 

Gambar Disini