Tarikh           : 18 Januari 2018

Masa            : 3.00 petang - 4.00 petang

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 8 orang

 

Tujuan

Pertandingan kuiz matematik diadakan adalah untuk menyemai minat pelajar terhadap matapelajaran matematik serta memberi asas pengetahuan dan kemahiran matematik manakala program teka silang kata ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran berfikir dan meningkatkan daya kreativiti pelajar.

 

Aktiviti

- Kuiz Matematik (Kategori Sekolah Menengah)

- Teka Silang Kata (Kategori Sekolah Rendah)

Gambar Disini

 

 

Tarikh           : 11 Januari 2018

Masa            :10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 10 orang

 

Tujuan

Matlamat utama Kelas Pendidikan Literasi Komputer adalah untuk memberi pendedahan dan bimbingan kepada kanak-kanak ini agar dapat mempertingkatkan perkembangan dan pengetahuan teknologi komunikasi dan maklumat

Objektif

- Memberi pendedahan dan bimbingan kepada kanak-kanak luar bandar mengenai komputer dan teknologi maklumat

- Menyediakan kemudahan kepada kanak-kanak luar bandar yang kurang berkemampuan untuk mengikuti kelas komputer dengan kadar bayaran yang murah dan berpatutan

- Mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan ICT

Gambar Disini

 

 

 

 

Tarikh           : 12 & 13 Disember 2017

Masa            :10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 4 orang

  • Internet  merujuk kepada rangkaian yang dibina dengan menyambungkan rangkaian komputer di antara satu sama lain yang berasal dari gabungan perkataan inter dan networking. Kelas Latihan Asas Penggunaan Internet ini dijalankan bagi memberi pendedahan kepada pelajar bagaimana aplikasi internet dapat membantu kita dalam kehidupan harian. Melalui kelas ini para pelajar diberikan latihan enjin carian, dimana mereka perlu menggunakan aplikasi internet (Google.com.my) sebagai salah satu medium pencarian maklumat. 

 

Gambar Disini

 

 

 

Tarikh           : 16 Disember  2017

Masa            :10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 2 orang

 

E-pembelajaran ini melibatkan penggunaan komputer atau komponen elektronik serta bahan pembelajaran melalui atas talian (online). Tujuan kelas berbentuk aplikasi pembelajaran ini dijalankan adalah kerana penggunaan teknologi dapat meningkatkan keboleh capaian dan keberkesanan pembelajaran. Hal ini kerana ia mengandungi teks, animasi, grafik, audio dan video yang dapat menarik minat para pelajar. Kelas ini telah berlangsung dengan menggunakan 2 laman web iaitu 10fastfingers.com dan www.arcademics.com.

Laman web 10fastfingers.com ini adalah satu laman web bagi mengetahui tahap kemahiran/kecekapan para pelajar dalam proses menaip. Melalui laman web 10fastfingers.com ini ia dapat membantu tahap kepantasan menaip para pelajar. Manakala laman web ww.arcademics.com pula merupakan salah satu laman web pendidikan berbentuk permainan matematik. Laman web ini menyediakan permainan yang berkisarkan subjek matematik bagi memenangi setiap permainan para pelajar perlu menjawab soalan matematik mengikut modul yang disediakan seperti operasi tambah, tolak, darab, bahagi dan lain-lain. Melalui laman web ini ia dapat membantu para pelajar mendalami subjek matematik dalam bentuk permainan.

Gambar Disini

 

 

Tarikh           : 8 Disember 2017

Masa            :10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 2 orang

 

Microsoft Publisher (nama penuh Microsoft Office Publisher) merupakan perisian penerbitan meja yang dihasilkan oleh Microsoft. Ia boleh digunakan untuk menghasilkan bahan penerbitan yang baik dengan pilihan rekaan yang pelbagai, contohnya termasuklah risalah, kad ucapan, katalog, buletin dan sebagainya. Para pelajar dikehendaki untuk mereka kad perniagaan menggunakan perisian ini. 

Adobe Photoshop, atau biasa disebut Photoshop, adalah penyunting grafik yang dikhaskan untuk penyuntingan foto/gambar dan pembuatan kesan gambar. Dalam kelas ini para pelajar diberikan penerangan mengenai menu asas yang terdapat dalam Adobe Photoshop ini bagi menghasilkan sesuatu di akhir kelas. Para pelajar dikehendaki untuk mereka satu poster bertemakan "Save the World".

Tujuan kelas ini adalah bagi memperkenalkan perisian ini sebagai tambahan ilmu dalam bentuk grafik. Melalui kelas seperti ini, ia dapat mencungkil memperkembangkan bakat para pelajar dalam bidang reka cipta dan penyuntingan imej.

Gambar Disini