Tarikh           : 3 Disember 2017

Masa            :10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 2 orang

 

PowerPoint merupakan perisian yang membantu menyediakan persembahan slaid yang menarik. Dalam modul ini, para pelajar diberikan latihan dan perlu menggunakan menu-menu yang tertentu bagi menghasilkan persembahan slaid yang menarik dengan menambahkan gambar dan grafik. Diakhir modul ini para pelajar perlu mempersembahkan slaid mereka.

Gambar Disini

 

Tarikh           : 17 November 2017

Masa            : 9.00 pagi - 2.00 petang

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 78 orang

 

Tujuan program ini diadakan adalah bagi menarik minat pengguna pusat internet dan komuniti setempat untuk menggunakan aplikasi dashboard yang diperkenalkan oleh Pusat Internet.

Antara aktiviti dijalankan ialah taklimat dashboard, puzzle online, pertandingan mewarna, kuiz kahoot dan gubahan. Manakala slot yang menjadi perhatian pada hari tersebut adalah pemeriksaan kesihatan (myhealth).

 

Gambar disini

 

 

Tarikh           : 12 Oktober 2017

Masa            : 9.30 pagi - 11.00 pagi

Lokasi          : Makmal ICT SK Siong, Baling

Peserta        : 40 orang

 

Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang bahayanya serta risiko-risiko yang bakal diterima oleh mereka sekiranya mereka sentiasa berwaspada ketika ber’online’.

Antara kelebihan dan kebaikan melalui program ini, ia dapat memberi pendedahan kepada para pelajar dalam mengetahui risiko penggunaan internet tanpa kawalan orang dewasa atau tanpa had masa.

 

Gambar disini

 

 

 

Tarikh           : 12 November 2017

Masa            :9.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi          : Makmal ICT SMK Siong, Baling

Peserta        : 38 orang

 

Tujuan program Klik Dengan Bijak ini dijalankan adalah untuk memberi penerangan kepada pelajar tentang penggunaan internet secara berhemah dan melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet) serta mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.

 

Gambar disini

 

 

 

Tarikh           : 23 September 2017

Masa            :9.00 pagi - 2.00 petang

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 64 orang

Tujuan

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan aplikasi dashboard komuniti untuk masyarakat setempat. Seramai 64 orang pengunjung hadir pada program tersebut yang terdiri daripada pelbagai golongan. Melalui program ini, selain merapatkan jurang digital antara komuniti bandar dan luar bandar, ini dapat membantu meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat dalam kehidupan seharian.
 
 
Aktiviti
 
Antara aktiviti yang dijalankan ialah Taklimat Dashboard Komuniti iaitu pengisian tentang semua Modul Dashboard Komuniti. Aktiviti sampingan pula adalah Pemeriksaan Kesihatan (My Health), Dashboard Coloring Contest, Puzzle Dashboard Online, Dashboard Typing Test dan Lego Fun.