Tarikh           : 19 Ogos 2017

Masa            : 12.30 tengahari - 2.30 petang

Lokasi          : KUIN, Kuala Ketil

Peserta        : 200 orang

 

Program ini dijalankan bagi memberi pendedahan kepada para pelajar tentang implikasi penggunaan media sosial terhadap remaja pada masa kini. Taklimat 2 jam  dihadiri oleh pelajar KUIN seramai 200 orang dan seorang wakil bahagian HEP turut sama di dalam taklimat tersebut. Kempen Klik Dengan Bijak (KDB) ini adalah salah satu inisiatif daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memupuk sikap positif para pelajar terhadap penggunaan internet khususnya dan pengaruh media sosial amnya. Dengan tajuk taklimat 'Implikasi Media Sosial Terhadap Belia'.

Sepanjang program tersebut selain memberikan taklimat kepada para pelajar, tayangan video berkaitan juga ditayang dan sesi soal jawab bersama peserta dibuka bagi memberi peluang kepada para pelajar dan wakil guru untuk bertanyakan soalan atau pandangan. Di samping itu, soalan kuiz Kahoot telah dijalankan bersama para pelajar bagi mengetahui maklum balas serta kefahaman mereka terhadap penyampaian sepanjang taklimat itu berlangsung dan para pelajar diberikan juga hadiah saguhati sebagai tanda penghargaan di atas kerjasama yang diberikan.

Gambar Disini

  

 

 

Tarikh           : 12 Ogos 2017

Masa            : 9.00 pagi - 5.00 petang

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 58 orang

 

Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memperkenalkan aplikasi Dashbaord Komuniti Pusat Internet yang telah dilancarkan dengan menerangkan secara terus kepada komuniti tentang modul-modul yang terdapat di dalam aplikasi tersebut. Selain itu, program  ini telah dijalankan dengan pelbagai aktiviti antaranya Jom Download dan Menang Aplikasi Dashboard, Talimat Dashboard Komuniti, Taklimat Klik Dengan Bijak , Kahoot KDB, Smart Innovation (Straw), Kolaj, Pemeriksaan Kesihatan (My Health), Muat Naik Produk (My Shop), Puzzle Online dan E-waste Coloring Contest. Seramai 58 orang pengunjung telah hadir dalam menjayakan program ini dan seramai 33 orang telah berjaya memuatturun apliaksi Dashboard ke dalam telefon masing-masing. Maklum balas yang diterima amatlah menggalakkan dan para pengunjung dan pemenang diberikan hadiah saguhati sebagai tanda penghargaan.

  1. Gambar Disini

  

 

 

Tarikh           : 17 Jun 2017

Masa            :10.30 pagi - 12.30 tengahari

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 9 orang

 

Program ini dijalankan bertujuan melihat idea dan kreativiti para pelajar dalam melakukann aktiviti ini. Para pelajar disediakan dengan peralatan seperti kayu aiskrim, gunting, gam dan salotape. Terlebih dahulu para pelajar diberikan masa untuk mencari maklumat berkaitan melalui sumber Youtube sebelum mula melakukan aktiviti ini. Seramai 8 orang pelajar sekolah dan 1 orang lepasan sekolah telah menyertai program ini dan hadiah penyertaan dan pemenang telah diberikan sebagai penghargaan kepada mereka.

Gambar Disini

 

 

Tarikh           : 27 Julai 2017

Masa            :10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 40 orang

 

Program ini dilaksanakan bertujuan untuk menerangkan serta memperkenalkan aplikasi Dashboard Komuniti kepada wakil PDK Daerah Baling. Kesemua wakil PDK Daerah Baling telah hadir bersama pelatih dan AJK masing-masing bagi mendengar taklimat tersebut. Program ini dijalankan khasnya bagi memberikan penerangan yang jelas berkaitan fungsi Pusat Internet dan Dashboard Komuniti. Taklimat ini disampaikan oleh wakil Pengurus Pusat Internet Kluster Baling iaitu Puan Nur Athirah dan Puan Nurul Faizah. Lebih kurang 40 orang telah hadir bagi mendengar taklimat ini. Maklum balas yang diterima amatlah positif. Disamping itu, Kluster Baling telah memberi pinjaman netbook kepada setiap PDK dalam Daerah Baling bagi kegunaan pembelajaran dan kemudahan kepada pelatih.

Gambar Disini

  

 

Tarikh           : 26 Mei 2017

Masa            :10.30 pagi - 11.30 pagi

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 4 orang

 

Program ini dilaksanakan bertujuan untuk menguji para pelajar disamping mengulangkaji untuk subjek Bahasa Melayu. Seramai 4 orang peserta telah diberikan latihan ini. Setiap peserta telah diberikan satu set soalan latihan yang perlu disiapkan dalam masa 1 jam. Latihan tersebut mengandungi latihan berkaitan Kata Nama, Kata Hubung, Simpulan Bahasa dan Peribahasa. Para peserta dinilai berdasarkan jumlah jawapan yang betul dan tepat. Hadiah disediakan bagi semua pemenang dan peserta.

Gambar Disini