Tarikh           : 14 Mei 2017

Masa            :8.30 pagi - 10.30 pagi

Lokasi          : Makmal SK Kuala Merah

Peserta        : 120 orang

Program ini dijalankan bagi memberi pendedahan kepada para pelajar tentang implikasi penggunaan media sosial terhadap remaja pada masa kini. Taklimat 2 jam tersebut dihadiri oleh pelajar Tahun 4, 5 dan 6 seramai 120 orang dan 2 orang wakil guru yang turut sama. Kempen Klik Dengan Bijak (KDB) ini adalah salah satu inisiatif daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memupuk sikap positif para pelajar terhadap penggunaan internet khususnya dan pengaruh media sosial amnya.

Sepanjang program tersebut selain memberikan taklimat kepada para pelajar, tayangan video berkaitan juga ditayang dan sesi soal jawab bersama peserta dibuka bagi memberi peluang kepada para pelajar dan wakil guru untuk bertanyakan soalan atau pandangan. Di samping itu, soalan kuiz juga diajukan kepada para pelajar bagi mengetahui maklum balas serta kefahaman mereka terhadap penyampaian sepanjang taklimat itu berlangsung dan para pelajar diberikan juga hadiah saguhati sebagai tanda penghargaan di atas kerjasama yang diberikan.

Gambar Disini

 

 

Tarikh           : 19 April 2017

Masa            : 2.00 petang - 4.30 petang

Lokasi          : Dewan Terbuka SMK Jerai,Baling

Peserta        : 200 orang

 

Program ini dijalankan bagi memberi pendedahan kepada para pelajar tentang implikasi penggunaan media sosial terhadap remaja pada masa kini. Taklimat 2 jam 30 minit tersebut dihadiri oleh pelajar Tingkatan 3 seramai 200 orang dan 3 orang wakil guru yang turut sama. Kempen Klik Dengan Bijak (KDB) ini adalah salah satu inisiatif daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memupuk sikap positif para pelajar terhadap penggunaan internet khususnya dan pengaruh media sosial amnya.

Sepanjang program tersebut selain memberikan taklimat kepada para pelajar, tayangan video berkaitan juga ditayang dan sesi soal jawab bersama peserta dibuka bagi memberi peluang kepada para pelajar dan wakil guru untuk bertanyakan soalan atau pandangan. Di samping itu, soalan kuiz juga diajukan kepada para pelajar bagi mengetahui maklum balas serta kefahaman mereka terhadap penyampaian sepanjang taklimat itu berlangsung dan para pelajar diberikan juga hadiah saguhati sebagai tanda penghargaan di atas kerjasama yang diberikan.

Gambar Disini

 

 

Tarikh           : 16 Mac 2017

Masa            :10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 12 orang

 

Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak tentang penggunaan komputer dan mengenal abjad. Aktiviti dimulakan dengan pengenalan berkaitan Pi1M. Seterusnya taklimat penggunaan Tetikus dan Papan Kekunci. Seramai 10 orang kanak-kanak daripada Tabika KEMAS Kg Batu 1 telah menyertai program ini. Pendedahan berkaitan komputer kepada kanak-kanak diperingkat awal dapat melatih mereka terhadap penggunaan komputer.

 

 

Tarikh           : 17 & 18 Mac 2017

Masa            : 9.30 pagi - 12.30 tengahari

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 19 orang

 

Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang dashboard komuniti Pusat Internet serta mengaplikasikan segala aplikasi yang terdapat dalam dashboard Pusat Internet . Melalui program ini, para peserta dapat mengetahui apa fungsi dashboard komuniti dan bagaimana mempraktikannya. Selain itu, para peserta diberikan penerangan mengenai aplikasi tersebut disamping latihan sampingan yang diberikan dapat memahirkan para peserta dalam kepantasan menaip dan kreativiti mereka. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang tempoh 2 hari antaranya Pertandingan Kolaj, Anyaman, Origami,Teka dan Menang, Pemeriksaan Kesihatan, Puzzle Dashboard, Kreatif Playdoh dan Editing Imej. Seramai 19 orang peserta telah menyertai program tersebut. 

 

Gambar Di sini

 

 

Tarikh           : 24 Februari 2017

Masa            :10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi          : Pusat Internet Kg Batu 1

Peserta        : 18 orang

 

 

Program ini dijalankan bertujuan melatih diri dan melihat idea dan kreatifnya para pelajar dalam melakukann aktiviti ini. Tiru Macam Saya bermaksud, para pelajar perlu meniru sebarang origami yang dirasakan sesuai dan yakin untuk dihasilkan melalui Youtube. Para pelajar diberikan peluang untuk menonton cara-cara membuat origami melalui Youtube sebelum mempraktikannya dan menghasilkan origami untuk diadili dalam pertandingan. Seramai 18 orang pelajar sekolah telah menyertai program ini dan hadiah penyertaan dan pemenang telah diberikan sebagai penghargaan kepada mereka.

Gambar Di sini